Thursday, March 21, 2019

Kad birthday berjoget

ditaip Zana Mn pada 3/21/2019 07:57:00 PM 3 komen




Lama aku tak update blog ni kan.

Bulan Mac ni bulan favourite aku. Rasa meriah sebabnya tarikh lahir ayah, kakak, adik-adik jatuh bulan ni. Seronok. Kitorang takde la sambut buat majlis bagai. Tapi best jugak kalau dapat keluar makan-makan kan. Maybe next year boleh cuba. Insyaallah

Selalu bila sampai tarikh birthday tak kirala adik-adik ke, kakak ke, mak ke, mula la aku cemas. Takut lupa nak wish je ponn. Kuikui. Tangguh-tangguh akhirnya lupa. Memang menempah maut. Kena pulak berderet-deret ucapan masing-masing kat dalam group family. Sebagai orang yang disambut birthday, mestila tertunggu-tunggu bila setiap ahli nak wish ni. Ewahh buat-buat silent reader plak.

Ni kalau ikut perangai aku la. Family aku jenis tak kesah sangat pun bab-bab ni. Aku pun tak dela kesah sangat ponn. Eh tadi kata kesah. Haa. Aku memang macam ni tukar-tukar pendapat ikut suka je

So, 19 Mac yang baru lepas ni, birthday kakak & adik aku. Aku tepek gif ni je. Simple dan harapnya tersentuh hati beliau. Sejam jugak la design campur godek2 font bagai. Aku buat dua sebenarnya tapi tepek sini satu je la. Birthday dorang ni serentak.

Buat sama je.
Kang lain-lain nanti ada pulak terkurang terlebih

Yang menyampah kann bila upload kat telegram gambar jadi tak sharp.
Gif ni dah la memang sejenis gambar tak sharp.

Ok tu je nak citer.
Kbai






Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Friday, August 18, 2017

Cara Mudah Singkir Toksin

ditaip Unknown pada 8/18/2017 03:30:00 PM 1 komen

Cara Detoks dengan makanan
Cara Mudah Singkir Toksin
DETOKS, senang kata keluarkan racun/toksin dari badan. Kita mudah je terkena toksin dari makanan yang kita makan, udara yang tercemar, sisa metabolisme @ aktiviti tubuh kita sendiri. Badan kita sebenarnya Allah dah buat boleh buang racun sendiri melalui peluh atau air kencing. Tapi, lagi bagus kalau kita boleh turut bantu aktifkan lagi tubuh bersihkan racun

Best tau, efek dia kita akan rasa sendiri lebih lawas, kulit pun glowing je, sakit sendi, sakit punggung yang ringan-ringan semua akan hilang. Tenaga pun bertambah

Ada banyak cara untuk detoks, tapi kali ni kak zana nak share salah satu cara terbaik dan mudah je dengan makanan, jom laju-laju singkirkan toksin 😍

SAYURAN HIJAU
Boleh dimakan mentah atau nak lagi sedap campur buah buat jus. Kombinasi yang bagus untuk bantu usus keluarkan racun dari badan

KACANG HIJAU
Bagus untuk sistem pencernaan. Menyerap sisa-sisa racun yang terdapat pada lapisan usus

BAWANG PUTIH
Meransang usus untuk hasilkan enzim detoks untuk asingkan sisa racun dari sistem pencernaan

BUAH-BUAHAN
Kaya dengan pelbagai khasiat dan boleh membuang racun dari badan

AIR KELAPA
Bersihkan saluran pencernaan. Melawan bakteria dan kuman dalam tubuh. Tingkatkan daya tubuh badan jika diminum secara teratur

Semoga bermanfaat





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)