Thursday, February 7, 2013

Harta Karun

ditaip Unknown pada 2/07/2013 02:17:00 PM 13 komen

Sebelum balik kampung kemas stor. Sambil cari² barang yang nak dipakai masa dalam pantang nanti. Seronok juga kemas barang ni, jumpa balik barang² yang dah lama tak nampak. Time tu lah terjumpa diari, ternampak balik kertas² kajang yang penuh ayat sms jiwang. Dulukan phone 3315 tu maximum boleh letak 20 mesej je, lepas tu kena delete sms lama kalau tak, sms baru nak masuk memang tak lepas. Sabar je lah. Disebabkan sayang sangat sms yang diterima dari 'someone special' tu, gigih salin balik atas kertas. Ada tak korang buat kerja ni? Berbunga-bunga hati bila baca balik. Patutlah boleh terpikat dengan incik suami. Haha.




Paling best, biey terjumpa balik kotak perfume. Macam tak percaya, pernah buat kerja ni. Meh tengok :)

Harta karun la sangat





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Tuesday, December 25, 2012

Doa dan Amalan Untuk Memudahkan Bersalin

ditaip Unknown pada 12/25/2012 12:52:00 PM 2 komen

Bacaan ni mak suruh amalkan untuk memudahkan bersalin.
Setiap kali selepas solat, pegang perut dibahagian ulu hati bersama-sama suami dan baca

1. Surah al-Fatihah سورة الفاتحة
2. Surah al-Ikhlaas سورة الإخلاص sebanyak 3 kali
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak 3 kali
4. Surah al-Anbiyaa' سورة الأنبياء: ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Selesai membaca, tangan diturunkan ke pusat dan niat di dalam hati dipermudahkan kelahiran bayi di dalam kandungan dan semoga dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Lebih bagus disebut sekali nama bayi di dalam kandungan. Habis niat tangan diturunkan hingga ke tundun faraj. InsyaAllah, bayi akan mudah dilahirkan.
kredit to : majalah Anis





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)