Wednesday, June 18, 2014

Upload Gambar Di Instagram Tanpa Smartphone

ditaip Unknown pada 6/18/2014 01:08:00 AM 6 komen



Assalamualaikum, saya ada update status di facebook tentang apps yang saya guna untuk upload gambar di instagram tanpa menggunakan smartphone. Ya, gambar latest di instagram saya @byzanamn saya upload guna desktop je. Apps yang saya
maksudkan ialah Gramblr.


Gramblr sangat membantu untuk
peniaga online yang aktif berniaga di Instagram.
Contoh jual tudung ada 20 design nak kena upload.
Belum kira gambar testimoni lagi.
So, bagi sesiapa yang nak kerja mudah macam saya,
sila ikut langkah di bawah.



Install dulu

1. Klik Gramblr


2. Lepas dah download, akan dapat file WinRAR ZIP macam ni.
Anda memerlukan WinZip untuk membuka fail tersebut.
Sekiranya tiada WinZip sila layari laman web
http://www.winzip.com/
untuk mendapatkannya.



3. Right klik mouse, extract file dulu



4. Hasil extract akan dapat Gramblr Apps seperti ini,
double klik mouse



5. Klik run



6. Shortcut icon Gramblr seperti ini akan terhasil.
Siap!




Cara Menggunakan Gramblr


Klik icon Gramblr.



1. Satu pop-up akan muncul,
masukkan username & password untuk Sign In ke Instagram anda



2. Klik Choose File dan cari gambar yang nak upload ke Instagram.


Gambar kena siap2 edit jika nak masukkan tulisan/no telefon etc.
Saiz Gambar perlu sama tinggi & lebar- Maximum 650px


Boleh ke http://webresizer.com/ untuk crop gambar
Hanya gambar dalam format JPG, JPEG sahaja dibenarkan.
Klik Upload.


3. Masukkan caption.
Saya copy paste je ayat-ayat semua termasuk hashtag.
Save Caption.



4. Siap!



5. Boleh cek instagram di smartphone untuk lihat gambar yang dah berjaya upload.
*Saya biasa cek guna Pixsta je


Cek Via smartphone


Cek Via Pixsta


Selamat Mencuba & Semoga Dilimpahi Rezeki





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Sunday, May 4, 2014

Editing Job

ditaip Unknown pada 5/04/2014 01:39:00 PM 0 komen

Dah lama stop terima kerja-kerja editing ni sebab nak fokus bisnes. Selalu rajin buat untuk diri sendiri & ejen di bawah aku je. Tapi baru-baru ni, ada beberapa rakan bisnes yang minta buatkan, so bantu je lah secara part time. Semua pun kawan-kawan bisnes punya. Hihi


ada yang ambil masa sehari, ada yang ambil masa seminggu.
Bhaha. Tak profesional la dia nih


Untuk editing gambar produk pula,
sekarang bekerjasama dengan Yatt pemilik Butik Eljameela
So, lebih kurang macam ikat kontrak gitu. Sometimes, Yatt akan bagi gambar-gambar untuk edit dan sebagainya.
Ouh, kisah Butik Eljameela pun tak update lagi kan.



Salah satu kerja untuk client sekarang ni,
client just minta remove background & tambah shadow sikit


Actually , aku salah seorang vendor rasmi Butik Eljameela
Dah lama bekerjasama dengan Eljameela & pernah juga melabur saham untuk butik Eljameela last year. Tahun ni upgrade jadi vendor untuk produk kurung moden, SCARF Secrets & SCARF Perfume. Alhamdulillah.


Kalau korang jenis yang suke nak tengok-tengok barang sebelum beli tu bolehlah pergi ke butik Eljameela. Barang ada separuh aku letak di butik. Separuh pegang. Untuk order barang secara online nak order direct dengan aku boleh, beli kat website eljameela pun boleh. Mana-mana yang selesa lah.


Tapi untuk SCARF Secrets belum ada lagi tau. Tengah tunggu Mr. Bryan Gan inform bila program Stokis akan dibuka. Sekarang semua hijab kami ejen-ejen order online je, takde stok kat tangan. Bila dah buka nanti bolehlah borong bebanyak kan. Hihi


VISIT SHOWROOM:
No.65-2, Jln Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bndr Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur
eljameela.com





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)