Wednesday, February 17, 2021

Poster #001 The Secret Of Team

ditaip Mommy Pinky pada 2/17/2021 10:40:00 PM 2 komen

Poster ni aku buat tahun 2015. Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku kalau setakat poster untuk paparan online aku on je. Tapi owner yang tempah gambar ni cakap dia nak print poster ni untuk buat bunting. Oh no! Kiranya aku kena design size yang sesuai untuk bunting la. Saiz poster ni aku just buat untuk instagram dan facebook je. Setakat max 960px je

Serius aku cuak masa ni sebab aku dah terbayang bunting dengan gambar pecah-pecah. Alahaii. Aku ingat lagi Mar ni dia hantar mesej gambar bunting yang dah siap. Aku macam wow terkejut la jugak sebab pecah2 pun lawa juga. Haha. Mata aku memang nampak la gambar bunting tu tak sharp. Tapi kalau jenis tak cerewet ok je. Gittew


By the way, aku pergi perjumpaan ni. Selamba badak je pergi yang jauh tu yang kat Sg. Petani sebab aku nak elak jumpa team kat Kuala Lumpur. Aku segan semua kenal. Rela aku pergi yang jauh tu sebab tu tak ramai pun yang pergi. Ejen CL ramai area kl selangor. Tapi dengar kata perjumpaan Kuala Lumpur sharing lagi best. Sengal je perangai bila fikir balik. Hee.





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Tuesday, February 16, 2021

4 jenis hadiah yang buat hati bunga-bunga

ditaip Mommy Pinky pada 2/16/2021 10:51:00 PM 0 komen

Dah 2 kali kena reject dengan lead pagi ni. Sedih kot. Tapi yelah, benda bukan boleh paksa-paksa. Aku biasa sedih-sedih ni memang hilang mood nak buat apa-apa. Serabut je kepala otak. Haisyhh. Tapi tak pelah, insyaallah ada lah tu rezeki lain Allah nak ganti.


Kesimpulannya tengah sedih tu, alih-alih team cakap komisyen dah masuk. Bulan ni macam sendu sikit sebenarnya. Tak capai kpi pun tapi bersyukurlah dari tak de. Hee. So, inilah hadiah pertama aku pagi ni




          Hadiah ni ada macam-macam jenis. Bukan semata-mata dalam bentuk fizikal je. Tak semestinya hadiah dari orang lain jugak. Beli sendiri pun dikira macam hadiah jugak. Syok je bila terima barang beli online sampai kat rumah.


Ni aku order dari minggu lepas lagi, tapi masa tu takde stok maka kenala tunggu seminggu. Telur pindang ni 3 hari 3 malam dia masak tau. Telur pindang ni susah kot nak jumpa yang rasa original. Baru je lepas sarapan pun tibai 2 biji. En.suami dan anak-anak tak minat sangat. Mama makan sorang ler jawabnya. hee




      Lepas solat zohor hadiah giveaway pulak sampai. Kat rumah ni kalau nak tau barang sampai senang je. Alih-alih bau alcohol sanitizing tu maknanya ada barang sampai la tu. En.suami spray merebak satu rumah baunya.

        


 Hadiah paling tak disangka-sangka. Dah lama terjadi tapi disebabkan hari ni aku baru cek gmail, nak kasi clear sebab storage dah penuh. Aku baru tau komen aku kat channel youtube che nom kena pinned. Weyyy bahagianyaaa. Tak tau nak kata, macam malu pun ada jugak bila baca balik komen aku tu, alahaii. Hahah.


Tak pela yang penting che nom dah sedar kewujudan kenal aku. Walaupun aku lambat tau. Tengok tarikh dah lamaa oii. Dec 25, 2020, 12:30 PM. Haa siap waktu lagi tu. Haruslah tepek sekali. Maka marilah kita simpan bukti kat blog ni jadikan kenangan manis. Yayyy



Ni versi yang kat youtube. Haruslahh screenshot jugak😝
Nama aku kat youtube pun siap dah tukar lagi
Aku tukar sejak aktif balik kat blog ni







Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)