Thursday, March 21, 2019

Kad birthday berjoget

ditaip Zana Mn pada 3/21/2019 07:57:00 PM 4 komen




Lama aku tak update blog ni kan.

Bulan Mac ni bulan favourite aku. Rasa meriah sebabnya tarikh lahir ayah, kakak, adik-adik jatuh bulan ni. Seronok. Kitorang takde la sambut buat majlis bagai. Tapi best jugak kalau dapat keluar makan-makan kan. Maybe next year boleh cuba. Insyaallah

Selalu bila sampai tarikh birthday tak kirala adik-adik ke, kakak ke, mak ke, mula la aku cemas. Takut lupa nak wish je ponn. Kuikui. Tangguh-tangguh akhirnya lupa. Memang menempah maut. Kena pulak berderet-deret ucapan masing-masing kat dalam group family. Sebagai orang yang disambut birthday, mestila tertunggu-tunggu bila setiap ahli nak wish ni. Ewahh buat-buat silent reader plak.

Ni kalau ikut perangai aku la. Family aku jenis tak kesah sangat pun bab-bab ni. Aku pun tak dela kesah sangat ponn. Eh tadi kata kesah. Haa. Aku memang macam ni tukar-tukar pendapat ikut suka je

So, 19 Mac yang baru lepas ni, birthday kakak & adik aku. Aku tepek gif ni je. Simple dan harapnya tersentuh hati beliau. Sejam jugak la design campur godek2 font bagai. Aku buat dua sebenarnya tapi tepek sini satu je la. Birthday dorang ni serentak.

Buat sama je.
Kang lain-lain nanti ada pulak terkurang terlebih

Yang menyampah kann bila upload kat telegram gambar jadi tak sharp.
Gif ni dah la memang sejenis gambar tak sharp.

Ok tu je nak citer.
Kbai






Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)