Monday, January 25, 2021

Pizza Thousand Island Homemade Resepi Simple dan Senang

ditaip Mommy Pinky pada 1/25/2021 11:26:00 PM 0 komen

Aku tak pakar masak. Aku belajar masak pun lepas kahwin oii. Takat lepas anak tekak sendiri dan bagi anak-anak dan suami makan ok la. Nak jamu-jamu orang haisyhh, keyakinan aku tahap bawah tanah lagi. 


Lauk yang biasa aku masak sama ada resepi mak aku, mak mertua aku, kawan serumah aku zaman belajar dulu dan paling banyak dari internet la. Aku suka cari resepi dari group facebook Masak Apa Hari Ni? (MAHN), kalau dari youtube aku suka ikut Che Nom. Instagram pulak Khairul Aming. Kadang-kadang aku cari resepi blogger jugak. Yang penting, resepi simple-simple je tapi nampak sedap dan mudah nak ikut, senang kata dia punya peratus nak gagal tu rendah haaa, laju-laju save resepi tuu


(Pizza pertama)


Resepi buat Pizza ni pun ada banyak versi tau yang aku pernah buat. Tapi kann paling aku fail ialah uli tepung sampai licin permukaan dia. Isyhh kagum jee tengok orang yang uli sampai licin tu. Cantik je tepung dia, flawless gitu. Aku buat tahap gerutu-gerutu lagi. Lantakla janji boleh makan (ayat orang gagal. bhahahhah). Nanti nak beli mesin uli doh tu la. Campak-campak siap. Perghh, senang hidup!


Aku buat doh pizza ni ikut resepi Aziekitchen. Sebab simple dan macam best je guna minyak zaitun. Resepi omputih katanya

Bahan-bahan

1 ½ cawan air suam
2 sudu kecil yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
¼ suduk kecil garam
¼ cawan minyak zaitun
Sedikit minyak zaitun (lumur)





Masih gerutu tapi aku dah give up ye para hadirin. Maka aku biarkan dia menggemukkan diri sendiri di satu sudut. Aku memang bahagi 4 siap-siap supaya senang nak uli, besar-besar kang aku jugak yang stress. Ikut resepi sebenar dah gemuk baru bahagi weyy. Tapi lepas ni kalau buat lagi aku akan bahagi 3 je siap-siap sebab kecik sangat dohnya lepas dah leperkan. 



Pizza pertama aku buat tu leper sangat sebab nak bagi cukup saiz dulang, tapi dohnya sikit bila bahagi 4 gitu. So lepas bakar aku tengok doh tu macam tak naik cukup gebu, baki doh tu aku campur balik dan bahagi 2. Baru ok. Korang paham ke ape aku bebel ni



Topping pizza, dah nama pun thousand island haruslah guna sos thousand island kann. Topping ni ikut citarasa kita je sebenarnya. Macam aku wajib ada nenas. Dan aku tak minat sangat sos tomato, sebab tu kalau pergi pizza hut pun aku mesti order Aloha Chicken dan Island Supreme je. 





Topping pilihan 

Cendawan Butang
Lada Benggala Merah & Hijau
Nenas
Salami Ayam
Jejari Ketam
Bawang Holland




Selalu buat pizza, aku suka guna mozzarella je tapi masa shopping barang dapur hari tu Mr.Hubby jumpa yang 3 in 1 ni. Lagi sedapp



Bakar suhu 250०C selama 15 minit api atas bawah

Ni pizza last sekali, sebab tu topping dia macam gila kuasa semua aku tabur habiskan stok. Malas nak simpan-simpan dah. Ingat pizza last ni nak masak dan simpan esok pagi panaskan semula. Tapi Mr.Hubby dan anak-anak cakap nak makan lagi. Maka, tamatla riwayat pizza hari yang sama. 






Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Saturday, January 23, 2021

Giveaway by Blog Tangan Gebu

ditaip Mommy Pinky pada 1/23/2021 03:51:00 PM 4 komen

 


Alamak dah nak tamat dah contest ni. Alhamdulillah sempat lagi nak join. Dalam banyak-banyak hadiah tu, paling berkenan hadiah pertama tu. Bayangkan ada nama Mommy Pinky kat beg tuu. Woahh. Mesti senyum sampai tengkuk. Heee

Boleh join juga kalau berminat
Tarikh tutup 31 Januari 2021







Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Friday, January 22, 2021

Memori Manis dan Pahit Seketul Kuih Cara

ditaip Zana Mn pada 1/22/2021 04:10:00 PM 0 komen

Aku suka giler kuih cara. Masa zaman kanak-kanak ribena aku macam kagum giler kenapa kuih ni boleh ada air gula kat dalam dia tuh. Pulak kuih yang kaler-kaler hijau ni memang favourite aku la senang kata. Ni kali pertama aku buat sendiri kuih cara. Macam tak percaya je berjaya buat.

Disebabkan teringin nak buat sendiri kuih ni, gigih aku carik acuan dia kat shopee. Tapi lepas dah sampai acuannya, aku tak buat pun. Irdina selalu la tanya bila mama nak buat. Sebenarnya macam-macam resepi aku dah save tapi tak berani pun nak buat. Akhirnya resepi kuih cara che nom jugak aku rasa berani nak try. Terima kasih che nom 🥰 

MEMORI 1


Zaman sekolah rendah dulu, darjah 1 kot. Habis sekolah biasanya aku dengan kakak aku malas nak berebut naik van kalau dah penuh. Semua gelojoh nak balik kan. So, berhimpit-himpit dalam van tu memang sengsara giler la. Tak tahan bau nafas, bau peluh masing-masing. Mujur tak de bau ketiak lagi. Budak-budak kan. Hahah. Kesimpulannya, aku dan kakak aku biasanya akan tunggu pakcik van datang semula ambik kitorang kali ke-2

Masa ni tempat yang kitorang selalu lepak tunggu van datang ialah kantin. Aku selalu la join kakak aku dengan kawan-kawan dia main getah. Rasa macam aku sorang je kot darjah 1, lain semua baya kakak aku. Eh, korang tau ke main lompat-lompat getah tu. Ala, yang lompat paras lutut, paras pinggang, paras bahu. Macam gempak je kalau boleh lepas paras kepala. Siap ada paras 1 jengkal, 2 jengkal dari kepala. Hmm, kalau korang tak pernah main mesti korang serabut baca. Maka, marilah kita tamatkan kisah lompat getah ni kat sini. Titik

Yang cerita sebenar aku nak kisahkan kat sini, pernah la ada 1 kali tu acik kantin tiba-tiba bawa keluar 1 dulang kuih cara. Katanya nah ambikla, free je. Wah, berdesup-desup kitorang perabih. Sedap oii. Haa kenangan manis ni, berapa tahun berlalu pun aku masih ingat. Kuasa sedekah. Tiber. Terima kasih acik kantin, susah-susah je bagi free kat kami. Haa baru nak ucap terima kasih kisahnya.


MEMORI 2

Berlaku masa aku darjah 4. Tapi sebelum aku citer apa berlaku, korang kena faham dulu apa yang berlaku masa aku darjah 3. Kang tak paham pulak dia punya feel tu. Meh-meh aku citer. Masa aku darjah 3 ada problem sikit so aku tak pergi sekolah lama la jugak. Aku pun tak ingat dah berapa lama. Sebulan? 2 bulan? 3 bulan? Pastu tukar sekolah. Sekolah baru tu slow sikit dorang punya modul. Contoh kat sekolah aku dah belajar bab bahagi, sekolah baru tu baru ajar bab darab. Macam tu la lebih kurang dia punya tahap slow dia tu. Yang penting bila aku dah pindah masuk sekolah lama balik, masa tu dah akhir tahun. Masa ni apebenda cikgu ajar memang aku tak dapat catch up langsung weyy. Sendu betul. Dah la aku kelas pertama tau masa tu. Cikgu memang stail ajar laju giler.

Tiba-tiba dah peperiksaan akhir tahun. Aku ingat lagi masa aku ambil result, kena pergi depan kelas cikgu pegang bahu aku dan cakap,

"zanariah, cikgu minta maaf awak dapat no terakhir."

Aku macam blur-blur katak masa tu. Biasalah budak-budak kan, mana kisah pun dapat no berapa pun. Tapi rupanya bukan takat dalam kelas je weyy, tapi dalam seluruh budak-budak sekolah darjah 3 tu aku memang dapat markah corot. Kesimpulannya kerana result aku tu aku yang asalnya budak kelas pertama sejak darjah 1 turun masuk kelas terakhir sekali

Bayangkan ok, daripada darjah 1 sampai darjah 3 semua kawan-kawan sekelas aku majoriti orang-orang yang sama je. Tak pernah berubah. Alih-alih darjah 4 masuk kelas terakhir sekali aku tak kenal sorang pun dalam kelas tu. Dah jadi macam budak baru. Siap budak-budak kelas tu pun pandang pelik kat aku sebab dorang pun tak pernah kenal kan. Aku jenis skema tau dalam kelas, senyap je bila cikgu mengajar. Tapi ko tau tak, bila masuk kelas belakang ni dia punya feel lain tau. Stail cikgu mengajar pun tak serius dan tak laju macam masa aku kelas pertama dulu. Budak-budak lelaki dia boleh tahan nakal la. Sekarang aku cakap nakal la sebab sekarang aku dah pangkat mak-mak kann. Tapi masa aku umur 10 tahun tu memang bagi aku, jahat giler budak-budak laki kelas aku ni.

Aku tak tau la apa masalah dorang ni, suka kacau aku, tendang kaki aku. Eh macam bongok je bila ingat balik. Aku mana la reti melawan. Habis-habis pun nangis je la. Kahkah. Adoi. Bencinya pergi sekolah masa tu. Tapi ada la jugak benda yang macam lawak bila ingat balik. Ada sorang ni, dia suka la kacau aku (aku benci giler dia masa tu) tapi dalam masa sama sibuk pulak dia nak tunjuk-tunjuk dia punya komik. Komik tu dia lukis sendiri la. Beria nak tunjuk kat aku. Aku tengok gitu-gitu je la. Nyesal pulak tak baca elok-elok. Aku ni dah ler kipas-susah-mati komik. Hmphh, apa-apa la, benda dah lepas ponn. Mesti dia kecewa aku malas baca penat-penat dia hasilkan komik tu. Kahkah. Nasib ler

Ada satu lagi kes, masa tu aku kat rumah la, bukan kat sekolah. Nak pergi kedai. Aku dulu memang dressing bongok sikit, pakai seluar short & tshirt je pergi kedai. Pastu aku rasa macam diekori gitu. Bila aku toleh belakang macam ada sekumpulan budak-budak lelaki cuba menyorok. Esoknya baru aku tau budak-budak kelas aku rupanya. Boleh pulak dorang membawang kat sekolah pasal aku pakai seksi giler. Sejak tu kat rumah pun aku pakai baju kurung guys. Takut kena intip dan dibawangi lagi. Kahkah. 

So, berbalik kepada kisah kuih cara tadi ye para hadirin sekalian, haa jauh kita menyimpang yee. Waktu rehat aku tak de kawan, sorang-sorang je. Best friend aku masa darjah 3 pun dah takde, kelas dah jauh guys. Hari yang malang tu, cewahh, aku pun pergi la beli kuih cara ni. Ok, benda penting ni. Masa darjah 4 first time aku pergi sekolah pakai tudung okay. Tengah syok makan tu, kuih cara tu meletops pulak gula dia habis dahh kena tudung aku yang putih suci murni mak aku basuh guna sabun attack woi. Pastu, kebetulan pulak geng-geng kelas top (ex class mate aku ler) ada dan ternampak situasi hina tu. Aku terus bangun dari bangku kantin tu sebab aku rasa malu giler dan telan laju-laju baki kuih cara tu. Hahah. Aku rasa sebiji kot aku terus sumbat dalam mulut. Sempat lagi perabih. Favorite katanya

Aku lari jalan belakang sekolah sambil tengok tudung aku yang comot giler tu. Eii sadis betul. Tiba-tiba aku rasa kuih cara tadi tu terlekat kat tekak aku. Nak muntahkan tak boleh, nak telan pun tak boleh. Lama kot aku usaha nak keluarkan kuih tu dari tekak. Siap aku rasa muka aku panas sebab dah sesak nafas dah masa tu. Tapi akhirnya berjaya jugak la kuih tu ditelan atau diluah. Aku pun dah tak ingat. Bila fikir balik, isyhh mujur tak mati, umur masih panjang. Takde pulak aku trauma nak makan lagi kuih ni pastu. Mungkin ni la dia mati semut kerana gula, mati zana kerana kuih cara. erk






Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Wednesday, January 20, 2021

Flyer #001 Bengkel Bijak Sifir

ditaip Mommy Pinky pada 1/20/2021 05:06:00 PM 0 komen

Tempahan zaman 2015, lama dah berlalu. Masa ni aku tak reti lagi nak design gambar yang sesuai untuk print. Bab resolution aku tak khatam lagi masa ni. Semua design aku just untuk paparan online je. Benda-benda yang aku tak reti ni biasanya aku akan suggest designer lain je. Jadahnya tak reti nak pulun buat jugak. Benda berbayar kott. 

Tapi macam biasala, client aku kak Nora ni walaupun aku dah terangkan kalau print hasil tangan aku ni nanti gambar pecah dia suruh proceed jugak. Maka, aku pun tibai je la. Yang pelik tu bila print ok la pulak hasilnya dari yang aku bayangkan. Maybe sebab memang print kecik-kecik je flyer tu, maka takdelah nampak pecah sangat. Ntahla labuu. Misteri sampai hari ni. Hahah

Macam best je tengok gambar tu. Zaman sekarang mana ada dah berkumpul ramai-ramai macam ni, semua duduk belajar kat rumah secara online je. Moga covid ni berjaya dihapuskan tahun 2021 ni. Insyaallah 😷





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Tuesday, January 19, 2021

Apps Best Mommy Pinky Guna #001 - PicSay

ditaip Zana Mn pada 1/19/2021 06:45:00 PM 0 komen

Wah gittew tajuk, bhahahahh

Aku ni tak de simpan banyak apps pun dalam phone. Apa yang aku rasa memang aku betul-betul guna je baru simpan. Bukan sebab phone tak cukup ruang ke apa, tapi sebab aku memang serabut kalau banyak-banyak benda ni. Rela aku uninstall pastu install balik bila nak guna kalau apps tu aku tau aku jarang nak guna. Wah, macam sejenis manusia yang suka bazir masa & data je kan, haa betul. aku lettew. Eleyy data unlimited okay. Gunala unifi. Tiberr 


haa, 5 bintang aku bagi. 

Selama ni tak pernah rate pon. Tiberr update blog terus bagi bintang. Betapa fake nya manusia. Hahah

Check out "PicSay - Photo Editor"

Apps ni seingat aku, member bisnes aku yang share dalam group kitorang. Masa tu kitorang jual produk Celebritylass aka Cleodorant atau nama glemer dia CL.
Jemputler singgah kalau korang kenal sapa-sapa ada masalah bau badan. Aku bukan cakap korang tau, orang lain haa 😝👉 Instagram

Member bisnes yang aku cakap tu ialah Kak Ema kalau aku tak silap ingat. Rasa betul dah aku ingat ni. Aku benda-benda gini susah sikit nak lupa tau. First time aku tengok hasil editan (wujud ke oii perkataan ni) gambar yang guna apps ni terus aku rasa weyy menarik weyy. Haa, meh tengok mehh. Lai lai


Cun kan weyy

Berkenan aku tengok.


PicSay ni dia boleh edit masukkan bubble text tu, ala-ala komik gittew. Font dia pun cun. Sesungguhnya aku telah jatuh cintaa. Haha

Aku kalau guna apps ni, takdela kreatif nak buat ayat dialog ni. Selalu aku guna apps ni bila nak tunjuk kat customer @ lead aku yang kurang faham nak klik-klik kat mana bila aku explain pasal benda-benda online ni. Contohnya macam gambar kat bawah ni ye, adik-adik sekalian


nak guna untuk explain sesuatu info macam kat bawah ni pun, aku guna apps ni. Best kann


Banyak lagi apps ni boleh buat, korang explore la sendiri. Contoh macam crop, resize, rotate and flip. Sebab aku suruh explore sendiri tu, tak lain tak bukan sebab aku just guna apps ni untuk buat benda-benda kat atas ni je. Haha.

kbai






Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Monday, January 18, 2021

Logo #001 An Nur Empire

ditaip Zana Mn pada 1/18/2021 09:52:00 PM 0 komen

Aku tak pandai buat logo pun, sebab logo ni kan bukan suka-suka je kita buat. Logo ni setiap gambar yang ada tu dia kena ada maksud tersirat gitu. Tapi ada jugak kawan aku ni suruh aku buat jugak. Aku dah explain kot. Tapi dia kata tak kira, tak payah maksud tersirat tu semua. Buat je. Hahah

Kak Ros ni, kawan bisnes yang aku kenal sejak 2017 masa belajar Instagram. Pejam celik kejap je masa berlalu kan. Dah masuk 4 tahun kenal. Aku pun dah tak muda. Tiberr. Kak Ros ni jual produk Shaklee. So dia ada team & nak aku buat logo untuk team tu


Kak Ros whatsapp aku masa aku balik kampung. Biasa aku memang akan minta masa seminggu untuk siapkan. Dulu sebab aku malas nak berebut pc dengan anak-anak aku yang buat kerja sekolah. Ditambah seketul budak Hannah yang sibuk je nak main game la apa lahh. Memang aku kalah weh dengan itu budak. Malas nak rebut. Tapi sekarang, isu nya aku kerja Isnin-Jumaat. So, kerja-kerja sampingan camni aku buat hujung minggu je la. 

Masalah terjadi bila laptop yang aku pakai sekarang ni agak sendu. Biey bagi pinjam laptop dia sebab dia dah dapat pc dari company memandangkan dia dah kerja dari rumah je sekarang sejak covid ni. Slow weyy, nangis bila dia hang. Tapi syukur jugak la sebab tak yah rebut dengan anak-anak dah. Lagi pun best sebab buat kerja atas tilam. Wakaka. Malas aku duduk kat meja pc tu dari pagi sampai malam, rasa macam nak tercabut pinggang. Ye aku sedar aku dah tua oii. Begitulahh

So, kesimpulannya, perenggan atas ni aku karang panjang-panjang sebab nak bagitau seminggu yang aku mintak tu tak cukup oi. Haha. Mula la gelabah. Siap nak return duit sambil berkira-kira nak bagi duit ganti rugi. Woahh. Aku citerla kat kak Ros lappy aku ni asik hang je. Tapi kak Ros kata, ala bukan urgent ponn. Ah, terharu. So aku pun teruskan siapkan logo atas ni, maka itulah hasilnya. Alhamdulillah kak Ros suka, tu yang penting. Apa guna aku suka kalau client tak suka, ye dak?









Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)