Tuesday, December 25, 2012

Doa dan Amalan Untuk Memudahkan Bersalin

ditaip Unknown pada 12/25/2012 12:52:00 PM 2 komen

Bacaan ni mak suruh amalkan untuk memudahkan bersalin.
Setiap kali selepas solat, pegang perut dibahagian ulu hati bersama-sama suami dan baca

1. Surah al-Fatihah سورة الفاتحة
2. Surah al-Ikhlaas سورة الإخلاص sebanyak 3 kali
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak 3 kali
4. Surah al-Anbiyaa' سورة الأنبياء: ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Selesai membaca, tangan diturunkan ke pusat dan niat di dalam hati dipermudahkan kelahiran bayi di dalam kandungan dan semoga dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Lebih bagus disebut sekali nama bayi di dalam kandungan. Habis niat tangan diturunkan hingga ke tundun faraj. InsyaAllah, bayi akan mudah dilahirkan.
kredit to : majalah Anis





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Friday, February 11, 2011

Memasang Template

ditaip Unknown pada 2/11/2011 12:36:00 PM 26 komen

Assalamulaikum,


Cik Eyka bertanya, macam mana nak ubah template.
Ok, ada banyak cara sebenarnya, tapi,
memandangkan Eyka berminat dengan
template yang Mommy Pinky guna,
Mommy Pinky tunjuk cara ni je la ek. Hehe.


Ok, mudah sahaja ye, jangan sedih-sedih.
Sila ke Blogger Templates Hah, pilih-pilih.
Banyak pilihan kat sini, rambang mata jadinya.

Okey, Mommy Pinky dah jumpa template Mommy Pinky.



Klik Download



Bagi pengguna Mozilla Firefox seperti Mommy Pinky, akan keluar pop-up di atas. Bagi pengguna lain, tak tau lah (ayat tak bertanggungjawab). Tapi, arahan nya sama sahaja.

Sila Save.



Pergi ke Folder di mana anda save file tadi. Hasilnya ialah dalam bentuk Compressed (zipped)Folder seperti di atas.

Jadi, sila extract file tersebut.

Apa, cane nak extract? Haisyh, right click, ada la tu. Click je extract all tu



Ikut je arahan yang keluar

Next / Next / Finish

Hasilnya seperti dibawah ini,



Double click folder tersebut hingga jumpa file xml seperti di bawah ni,



Kalau ada, dah berjaya la tu.. :)

Ha..so, macam mana nak guna ia sebagai template blog?

Ok, caranya mudah je.

Dashboard / Edit HTML / Download Full Template

(penting sebagai backup!)

Seterusnya, click Browse



Cari dimana file .xml yang anda simpan tadi, dan click OPEN


Click Upload

Save Template

Siap.

Selamat Mencuba ya :)
Tasa macam ini tutorial paling panjang setakat ni.
Harap korang faham.
Fuh
(jampi sket..haha)





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)