Wednesday, December 15, 2010

Ubah Tajuk Sidebar kepada Bentuk Imej

ditaip Unknown pada 12/15/2010 01:04:00 PM 46 komen



Mula-mula kena tau saiz kelebaran sidebar blog kita berapa.
Tak tau nak cek saiz macam mana?
Ini caranya.

Dashboard / Layout / Edit HTML

Cari kod ini (Ctrl + F)

#sidebar-wrapper {

Kat sini kita boleh lihat ada kod
width: 260px;


So, maksudnya saiz sidebar blog MP 260px

Maka buat la imej bersaiz 260px. Buat lebih kecik tak pe asalkan jangan lebih. Haa, time ni guna la kepakaran korang design ye. Tak kesah la buat guna photoshop ke photoscape ke. MP guna dua-dua sekali Photoshop CS5 & PhotoScape. Ngeh Ngeh.Ini hasil terbaru, baru je buat tadi. Simple jek, sebab suka simple. Padahal tak reti design ngaku je la (-.-)


Macam biasa la, bila dah siap design pegi la upload pic korang tu dulu untuk ambil Url Image. Tak reti? Boleh rujuk SINI ye.
Baik, cara masukkan imej

Dashboard / Layout / Edit HTML / Download Full Template
(penting sebagai backup!)


Sila tick Expand Widget Templates


Sekarang kena cari kod Tajuk Sidebar kita. Sebagai contoh yang MP buat, untuk tajuk Frenzz. Tekan Ctrl + F dan taip Frenzz.

*sila taip dengan sama sebijik macam tajuk yang korang buat tu. Kalau huruf besar, kena buat huruf besar la ek.
Kalau tak, memang tak jumpa. Kod yang korang akan jumpa adalah seperti berikut.

<b:widget id='HTML4' locked='false' title='Frenzz' type='HTML'>

<b:includable id='main'>

<!-- only display title if it's non-empty -->

<b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>

<h2 class="title"><data:title></data:title></h2>

</b:if>

Tukar kod ini,
<h2 class="title"><data:title></data:title></h2>

dengan kod imej ini,
<img border='0' src='URL Gambar Korang'/>

Hasil kod seperti dibawah
<b:widget id='HTML4' locked='false' title='Frenzz' type='HTML'>

<b:includable id='main'>

<!-- only display title if it's non-empty -->

<b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>

<img border='0' src='http://img257.imageshack.us/img257/1/frenzz.png'/>

</b:if>

ini MP punya.

Ok siap. Klik Peview, dah ok, bolehla Save Template


Untuk follower widget mungkin akan ada problem. Next tutorial je ok ;)






Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Tuesday, November 9, 2010

Image Hosting

ditaip Unknown pada 11/09/2010 02:51:00 PM 11 komen

Hari ni MP nak bagi ceramah free untuk adik-adik yang masih konfius bila MP buat tutorial dan bagi arahan masukkan URL image, URL mp3 dan sebagainya.
Untuk elakkan korang rasa serabut, hari ni kita tumpukan pada URL image je dulu, ok?

Url Image tu ape sebenarnya?

Korang boleh rujuk contoh entry tutorial sebelum ni
Tutorial : Icon Cute Sebelah Bloglist

MP ada bagi arahan masukkan URL Gambar Kesukaan.
Hah, macam mana rupa nya URL Gambar / Url Image tu?

First, korang kena tau dulu gambar ni ada beberapa jenis file
Antara format-format fail imej yang paling kerap dijumpai dan digunakan adalah JPEG/JPG, GIF dan PNG.
haa, biasa nampak kann

So sekarang ni apa kaitan dengan URL image?
Nak senang kerja, ambik je gambar-gambar dari Glitter Graphics
Cara nak ambil URL Image hanya ikut step di bawah.

Pilih gambar yang korang suka, contohnya gambar kalender ni



Kalau tengok kat website Glitter Graphicsada 2 kod kat situ, abaikan Code HTML.

Copy BB code dia, korang perhati elok-elok kod ni
Url Image terletak antara [img] dan [/img]



[url=http://www.glitter-graphics.com][img]http://dl.glitter-graphics.net/pub/725/725451hqye09hovg.gif[/img][/url]

Yang MP highlight tu la Url Image
atau dikenali sebagai Direct Link.

http://dl.glitter-graphics.net/pub/725/725451hqye09hovg.gif


nampak tak kat belakang dia tu ada .gif
So, lepas ni kalau korang jumpa link yang hujung dia ada .gif ke, .png ke, .jpg ke korang faham la itu maksudnya link untuk gambar
Clear?

Baik, tadi kita belajar ambil Url Image dari Pic yang sudah siap ada BB code, senang kata ready stock la.
Macam mana plak kalau kita nak guna gambar kita sendiri @ download pic @ icon kat mana2?
Mereka ni tak de BB code.
So, macam mana nak cari Url Image dia?
Hah, di sini la kita akan masuk ke tajuk utama tutorial ni. Kita akan belajar tentang Image Hosting.


Tak payah susah-susah cari web hosting
Sebab blogspot kita ni dah memang boleh kita guna untuk upload gambar dan kenal pasti URL Imagenya dengan mudah

bersambung..





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)