Friday, February 19, 2021

Najihah, Happy Birthday 18/02

ditaip Mommy Pinky pada 2/19/2021 05:07:00 PM 0 komen

Birthday kawan aku ni semalam, aku tak ramai kawan rapat pun.
Sebab aku pun bukan jenis yang peramah, selalunya orang yang ajak sembang dulu. Nak harap aku mula sembang dulu memang 1% je peluang. Hahha. Sekarang anak-anak pulak mengikut. Risau pulak aku. hehh

Nak bagi hadiah, tak reti nak pilih hadiah.
Maka, kita bagi je lah apa yang kita suka buat

TAHUN 2019

TAHUN 2020


TAHUN 2021



Najihah ni kawan yang duduk sebelah aku sepanjang aku Form 4 sampai la Form 5. Gaduh tu biasa, maklumlah budak otak tak matang. Aku ni lemah sukan, Na ni pulak atlet. Memang berbeza.

Ko bayang dia pernah ajak aku berlari balik rumah dari sekolah sampai rumah, 7km kot. Kematu kaki aku. Selalu aku balik sekolah jalan kaki sorang-sorang kalau takde bas mau ambik masa 1 jam. Balik dengan dia ni, aku rasa macam 30 minit dah sampai.

Aku ingat pernah gaduh dengan dia ni pastu tak bertegurla dalam beberapa hari. Cikgu BM bagi soalan kat depan, suruh aku berdiri jawab soalan. Pergh macam nak pengsan sebab tak tau jawab. Hahah. Alih-alih Na selit jawapan kat meja. Terus berbaik semula. Hmmm senang kan budak-budak nak berbaik. Jangan dah tua-tua ni, umur makin meningkat, ego pulak makin melangit. Tiberr

Semoga persahabatan aku dan Na akan dirahmati Allah






Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Wednesday, February 17, 2021

Poster #001 The Secret Of Team

ditaip Mommy Pinky pada 2/17/2021 10:40:00 PM 2 komen

Poster ni aku buat tahun 2015. Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku kalau setakat poster untuk paparan online aku on je. Tapi owner yang tempah gambar ni cakap dia nak print poster ni untuk buat bunting. Oh no! Kiranya aku kena design size yang sesuai untuk bunting la. Saiz poster ni aku just buat untuk instagram dan facebook je. Setakat max 960px je

Serius aku cuak masa ni sebab aku dah terbayang bunting dengan gambar pecah-pecah. Alahaii. Aku ingat lagi Mar ni dia hantar mesej gambar bunting yang dah siap. Aku macam wow terkejut la jugak sebab pecah2 pun lawa juga. Haha. Mata aku memang nampak la gambar bunting tu tak sharp. Tapi kalau jenis tak cerewet ok je. Gittew


By the way, aku pergi perjumpaan ni. Selamba badak je pergi yang jauh tu yang kat Sg. Petani sebab aku nak elak jumpa team kat Kuala Lumpur. Aku segan semua kenal. Rela aku pergi yang jauh tu sebab tu tak ramai pun yang pergi. Ejen CL ramai area kl selangor. Tapi dengar kata perjumpaan Kuala Lumpur sharing lagi best. Sengal je perangai bila fikir balik. Hee.





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)