Showing posts with label Tempahan Design. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Design. Show all posts

Wednesday, February 17, 2021

Poster #001 The Secret Of Team

ditaip Mommy Pinky pada 2/17/2021 10:40:00 PM 2 komen

Poster ni aku buat tahun 2015. Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku kalau setakat poster untuk paparan online aku on je. Tapi owner yang tempah gambar ni cakap dia nak print poster ni untuk buat bunting. Oh no! Kiranya aku kena design size yang sesuai untuk bunting la. Saiz poster ni aku just buat untuk instagram dan facebook je. Setakat max 960px je

Serius aku cuak masa ni sebab aku dah terbayang bunting dengan gambar pecah-pecah. Alahaii. Aku ingat lagi Mar ni dia hantar mesej gambar bunting yang dah siap. Aku macam wow terkejut la jugak sebab pecah2 pun lawa juga. Haha. Mata aku memang nampak la gambar bunting tu tak sharp. Tapi kalau jenis tak cerewet ok je. Gittew


By the way, aku pergi perjumpaan ni. Selamba badak je pergi yang jauh tu yang kat Sg. Petani sebab aku nak elak jumpa team kat Kuala Lumpur. Aku segan semua kenal. Rela aku pergi yang jauh tu sebab tu tak ramai pun yang pergi. Ejen CL ramai area kl selangor. Tapi dengar kata perjumpaan Kuala Lumpur sharing lagi best. Sengal je perangai bila fikir balik. Hee.





Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



Wednesday, August 16, 2017

Template Testimoni : design by Zana Mn

ditaip Unknown pada 8/16/2017 03:58:00 PM 4 komen

Dulu kak zana buat template untuk produk Celebritylass sebab kak zana sebenarnya lemah sikit bab nak minta testimoni dari customer. Kihkih. Dulu laa, sebab tak reti nak minta feedback camne. Ada tu bila minta feedback pun jawab pendek je (sebab kak zana yang takde skill lagi masa ni, haha)

So, memandangkan masa tu kak zana lemah nak dapatkan testimoni best-best kak zana pun guna la skill mengedit bagi cun sikit testimoni yang geng-geng ejen sudi share dalam group. FREE JE. So, secara tak langsung diorang pun rasa seronok nak share dengan kak zana testimoni yang diorang dapat dari customer. Win-win la kann

Contoh hasil edit untuk produk Celebritylass :

design by zana mn

design by zana mn

Testimoni ni memang penting
untuk tarik perhatian prospek.
Ada orang beli produk sebab testimoni je, kan?

So, ni pulak yang order template testimoni
untuk produk Gula-Gula Kurus, Mince
Kali ni tak buat free dah.
Dah pandai minta upah sebab ada permintaan, kihkih





Nak tengok yang siap search je kat Instagram #GulaGulaKurus

so ni yang kak zana design untuk HQ,
untuk instagram kak zana saje nak buat
kelainan sikit sebab kak zana bosan semua upload gambar sama
Ala ngaku je la takleh hidup tanpa pink









Dah habis baca ke? Jemput tinggalkan komen ◕‿◕



 

Sign in
Copyright © 2021. All rights reserved
Hannah Marketing (002548446-P)