Badan kita ni memang ambik masa sikit nak dapat signal kenyang tu tau, tapikan sebenarnya ada jugak punca lain penyumbang kejadian misteri ni berlaku
So kak zana kongsikan 5 PUNCA DAH MAKAN TAPI MASIH LAPAR, ambik perhatian ladies terutama uolss yang nak kurus tu
PUNCA 1 : TAK SARAPAN
Nak cepat kurus katanya maka tak nak sarapan. Sarapan sikit sangat pun tak boleh tau. Sebab paras gula dalam darah akan jatuh so apa akan jadi? Sepanjang hari akan rasa lapar & asyik fikir nak makan je. Tipsnya, utamakan makanan bijirin dan protein. Perut akan rasa penuh sepanjang hari!
PUNCA 2 : MINUM AIR MANIS
Air manis akan kurangkan aliran darah dan akan tipu otak dan buat kita rasa masih lapar walaupun baru je makan sebab ia akan slowkan hormon leptin dlm badan kita yg bertanggungjawab beri signal kenyang
PUNCA 3 : BADAN KURANG AIR
Bila kita rasa dahaga, badan sebenarnya dah hilang kira-kira 2 cawan cecair badan. Bila badan kurang air, kita mudah keliru rasa lapar atau dahaga. So, kalau baru je makan rasa lapar lagi, cuba minum segelas air dan lihat perubahan dalam 15 minit
PUNCA 4 : TAK MAKAN SAYUR HIJAU
Sayur hijau contohnya bayam tinggi kandungan folat yang bantu elakkan berat badan naik dan rasa letih. Vitamin K dalam sayur juga akan kawal paras gula dalam badan so akan bantu kontrol rasa kerap lapar
PUNCA 5 : BOSAN
Kebosanan buatkan kita salah sangka perut lapar. Sebenarnya kita hanya perlukan sesuatu untuk alihkan tumpuan. So, lepas makan tu jalan-jalan sikit kat luar at least boleh bantu cernakan makanan. Kalau susah nak keluar, cari aktiviti yang gunakan tangan sepenuhnya contoh kemas rumah, baca buku, masuk instagram buat aktiviti up followers pun okay apa, confirm lupa nak makan, hihi
Semoga tips kat atas ni membantu.
Share dengan kawan-kawan uolss untuk info bermanfaat ni
7 komen:
Mungkin tips kat atas betulnya. CCL selalu haa lapar .. baru makan kejap lepas tue kembali lapar
@✿Cik Cappuccino Latte ✿ hihi, semoga tips yang kak zana kongsi tu bermanfaat ye :)
baru tahu sebab cpt rasa lapar ni, tq sharing awk :-)
@Qairina tailor ur welcome, terima kasih juga sudi baca :)
baru tahu punca2 cpt lpr.. ptotlh sy slalu mcm tu.. hihi.. good sharing.. jemput singgah blog sy http://duniataipmenaip.blogspot.com/
@Rabiahtul Asma okay, terima kasih jemput :)
Ehh pernah ke kadang-kadang rasa diri macam tak normal (haha) sebab baru je lepas makan nasik tiba-tiba rasa
Read more: http://www.formulapikatsuami.com/2017/08/dah-makan-tapi-masih-lapar.html#ixzz4oi5WBCAp
Post a Comment